Halaman

Khamis, 5 Oktober 2017

DILEMA

Lama aku tak update blog ini. Kesibukan bekerja dan menambah pendapatan sampingan, sedar tak sedar lebih 4 bulan tanpa update. Hehe

Tidak aku sangkakan, kerjaya part time yang aku buat akhir-akhir ni memberikan suatu keseronokan di samping pendapatan yang boleh tahan juga. Lebih menarik, bermula dari seorang Junior REN, dalam masa beberapa bulan aku telah dinaikkan ke Senior REN. Dan awal bulan Oktober 2017 ini dah dinaikkan ke Group Leader. Dah kena mula rekrut orang di bawah pula dan pantau. Wow. Pantas sungguh perjalanan ini. Alhamdulillah, rezeki dari Tuhan.

Masa aku agak terbatas untuk enjoy bersama kawan-kawan, famili dan buat aktiviti lain. TV rasanya jarang dah tengok. Haha. Di hari weekdays fokus pada Kerja hakiki manakala di hujung minggu aktiviti REN. Listing, Appointment, Inspection, Marketing, Viewing & Closing. Ke sana ke mari. Begitulah untuk beberapa bulan kebelakangan ini. Aku pernah juga ambil cuti semata-mata nak setelkan beberapa perkara klien. Sebab pada aku orang dah bagi amanah, jadi kita cuba lah buat sehabis baik.

Lewat ketika ini, aku betul-betul dalam dilema. Dengan kerjaya tetap sekarang. Sedar tak sedar aku telah 9 tahun lebih bekerja makan gaji. Dan aku rasa agak statik kehidupan aku. Pergi kerja, pagi sampai lewat petang, bila balik rumah sampai Maghrib. Begitulah sehari-hari. Seperti tidak ada ADDED VALUE untuk aku. Aku tak dapat bayang jika aku terus begini sehingga 20 tahun lagi.

Manakala karier baru ini memberikan aku semangat baru untuk terus-terusan berusaha & produktif. Paling penting aku sangat ENJOY dengan apa yang dibuat. Berjumpa orang, cuba membantu orang-orang dalam transaksi yang penting. Ya, pada kebanyakan orang, pembelian hartanah merupakan TRANSAKSI BERSEJARAH TERPENTING dalam kehidupan. Apa tidaknya, seumur hidup biasanya manusia beli rumah ni paling kurang SEKALI SEUMUR HIDUP. Jika ada rezeki, mungkin 2 atau lebih. Dan bila ko beli rumah tu, ko akan membayar selama 30-35 tahun. Pendek kata, sehingga korang BERSARA.

Jadi apa yang ditawarkan oleh REN adalah guidance A to Z. Dari proses mencari, melihat, memberi nasihat, membantu proses pinjaman bank, perlantikan lawyer, kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, kelulusan Pejabat Tanah dan sebagainya. Proses ini melibatkan urusan yang mengambil masa dan beberapa pihak. Seorang REN perlu bijak dan pantas membantu MONITOR proses-proses ini.

Apapun, jangan salah faham. Aku tetap bersyukur kerana mempunyai kerjaya yang stabil dan tetap. Alhamdulillah dari hasil duit gaji yang ada jugalah aku membeli beberapa unit sebelum ini untuk Pelaburan. Cumanya, bila dah menginjak ke usia 30-an ini buat aku berfikir untuk beralih arah. Jika korang baca buku ROBERT KIYOSAKI, ada 4 CASHFLOW QUADRANT yang ditekankan iaitu

1) EMPLOYEE
2) SELF-EMPLOYED
3) BUSINESS OWNER
4) INVESTOR

Perancangan aku ialah, aku mahu mencapai teori yang diperkatakan tersebut. Aku dah melihat rakan-rakan yang berjaya. Dan aku juga yang masih belum berjaya. Namun, pada aku dalam hidup kita kena juga mula keluar dari zon selesa. Ini berkaitan dengan SELF DEVELOPMENT aku juga. Membuat keputusan besar meninggalkan pendapatan tetap. Aku boleh memilih untuk bertahan 10 tahun lagi, membuat pelaburan seperti biasa, Dan mungkin BERSARA AWAL? Tapi pada umur tersebut, sebenarnya tidak banyak cabaran yang orang berani buat. Kerana hampir 20 tahun dah selesa, ada gaji tetap. Lagilah susah untuk keluar dari zon.

Boleh jadi tulisan aku ini hanyalah satu PLAN, mungkin aku kekal bekerja seperti biasa. Namun aku akan berusaha sebaik mungkin untuk sampai ke next QUADRANT. Mana tahu suatu hari nanti setelah ke QUADRANT 2, aku beralih ke QUADRANT 3 pula. Perbanyakkan ilmu, cari mentor, luaskan networking, bekerja keras, positive attitude, dan paling penting BANYAK BERDOA DAN TAWAKAL setelah semuanya dilaksanakan. Moga aku menjadi insan yang lebih bertaqwa dan bersyukur.


PRESINT 9 PUTRAJAYA
6.10.2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan