Halaman

Sabtu, 20 Mei 2017

Part Timer Real Estate Negotiator (Part 2)

Selepas aku submit nama, berbekalkan duit penyertaan. Aku diminta untuk register ke kursus REN. Bayarannya adalah RM636 untuk 2 hari. Kursus ini adalah wajib untuk setiap individu yang ingin berdaftar sebagai Perunding Hartanah yang sah.

 

Kursus itu aku sertai dengan lancar. Kemudian bermulalah episod baru aku sebagai REN. Aku akui aku bukanlah seorang yang tahu serba-serbi dalam selok belok pembelian-penjualan hartanah. Namun insyaallah berbekalkan pengalaman sama ada manis atau pahit itu aku akan cuba handle sebaik mungkin. Niat aku bukanlah nilai duit yang aku kejarkan, namun lebih kepada minat dalam bidang ini. Sebelum ini aku hanya membeli untuk diri sendiri, namun lepas dah habis 'peluru' ataupun BULLET a.k.a modal, aku terpaksa la duduk diam-diam mengumpul wang.

Sebenarnya, sebelum ini aku antara orang yang paling skeptik sekali berkenaan ejen ni. Pada aku mereka ini lebih bermotifkan nak buat duit semata-mata. Bila dah jual, komisen dah ambil kemudian lepas tangan. Semuanya Buyer dan Seller settlekan sendiri. Namun ternyata aku silap. Sekiranya seorang REN itu benar-benar berkualiti, banyak perkara dan urusan antara Owner dan Buyer menjadi lancar dan mudah. Kerjaya REN ini juga profesional, seperti LAWYER, VALUER, ENGINEER, DOCTOR. Ada Lembaga yang mengawalselia AGENSI HARTANAH.

Di samping dapat meneruskan minat di bidang ini, secara tak langsung aku sentiasa mempunyai knowledge up to date terhadap harga pasaran terkini di kawasan tersebut. Selain itu, perkara paling menyeronokkan adalah NETWORKING. Sebelum ini aku kurang mengenali kenalan di industri ini, hanya membaca posting mereka dari Media Sosial mahupun cerita dari rakan. Kali ini aku sendiri berpeluang berjumpa mereka. BANKER, LAWYER, VALUER dan rakan NEGOTIATOR antara intipati kejayaan kerjaya ini.

NETWORKING yang lain pula adalah aku dapat berkenalan dengan orang yang tidak pernah aku jumpa selain persekitaran tempat kerja aku sendiri. Sebelum ini, aku hanya kenal rakan, saudara mara dan staf di pejabat sahaja. Kebanyakan mereka (maaf, bukan semua) mempunyai satu mindset iaitu 9 - 6 pm, kerja dan kerja, menyimpan, dan sampai masa bersara. Namun melalui bidang ini aku dapat kenal pelbagai manusia dari bekerja makan gaji, kerja sendiri, yang mempunyai rangkaian bisnes. Selain itu juga mendalami orang yang bermasalah KESIHATAN, RUMAHTANGGA, TIADA PEKERJAAN, PERSARAAN..Aku dapat mendalami dan melihat dari pelbagai sudut. Benarlah kata JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN..Dan benarlah juga LEBIH RAMAI ORANG KITA JUMPA, LEBIH BANYAK YANG KITA NAMPAK.

Duit? Ya, memang benar duit dapat memotivasikan kita. Tapi ilmu, networking, persahabatan di dalam proses ini melebihi nilai duit tersebut. Insyaallah duit yang aku dapat nanti juga akan aku gandakan untuk modal membeli unit-unit lain pula. Aku masih ingat kata-kata Tuan Meor Zaidee a.k.a Abang Ensem, yang menyarankan anak muda memfokuskan untuk 15 tahun pertama mengumpul aset, dan 15 tahun ke-2 menyelesaikan hutang pembiayaan pula. Insyaallah aku akan cuba mengikuti saranan tu, dan kalau boleh membuatnya lebih awal. Hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan