Halaman

Ahad, 22 Januari 2017

Hari Minggu Yang Sibuk!

Aku sangat sibuk pada hari minggu ni. Dua hari cuti dipenuhi dengan pelbagai urusan.

Pagi Sabtu, awal-awal lagi aku dah ke Bengkel kereta Jyun Eng, Kajang Impian untuk servis kereta Myvi. Usia kereta kini memasuki tahun ke-9, kos servis dan maintenance lebih tinggi seiring dengan beberapa komponen kereta mula perlu ditukar. Walau apapun, insyaallah aku akan terus mengguna pakai kereta ini selama yang boleh. Kereta dah habis bayar, rasa rugi untuk buat hutang baru.

Sementara menunggu kereta, aku minum seorang diri di kedai mamak bersebelahan. Masa yang ada aku merancang perkara yang hendak dibuat Sabtu-Ahad. Antaranya urusan kereta lama arwah ayah aku yang hendak dijual. Kini di bengkel HR Auto di Sungai Merab. Perlu set dengan wakil pembeli kereta tu untuk ambil kereta segera kerana minggu depan dah Cuti Raya Cina. Kalau kereta siap awal, aku cadang nak site visit property kejap untuk dibida minggu ni. Petangnya, perlu standby dengan Plumber untuk baiki paip rumah. Malam tengok bola pula. Hehe.

Inilah Mamak. Walau hanya Nescafe dan air suam, depa tetap steady tak jeling semacam. Haha!

Esoknya, aku kena standby servis kereta mak. Pada masa yang sama aku nak ke Stadium Titiwangsa untuk tengok kawan-kawan Catur mewakili MAKSAK. Dan kalau ada masa untuk follow up progress unitku di Putra Perdana yang dah hampir siap. Lepas ni bolehlah disewakan, hehe. Kesemuanya aku tuliskan di buku nota kecil untuk dibuat. Setelah siap, aku mula mengoogle berkenaan renovasi rumah. Ini untuk unit Putrajaya yang masih belum aku buat apa-apa. Almaklumlah, kos-kos untuk membuat renovasi bukan sedikit, di samping duit LAD yang masih belum diterima dari Pemaju, aku perlukan masa yang lebih untuk ini. Cuma, dari sudut positif mungkin kelebihannya aku dapat melihat dan survei beberapa jiran yang telah menggunapakai beberapa servis kontraktor rumah mereka.

Selesai servis kereta Myvi, aku ke bengkel Sg Merab untuk melihat kereta Toyota Corolla GL. Nampaknya kereta telah disiapkan. Alhamdulillah hasil negosiasi Pembeli bersetuju absorb separuh kos pembaikian kerana kereta tu memang lama tak hidup. Lebih kurang dari 2-3 tahun. Cumanya kini aku perlu dapatkan masa dan waktu untuk wakil pembeli datang ambil di bengkel. Pembelinya dari Kota Bharu, Kelantan. Jadi, prosesnya panjang lagi ni di mana rakannya di Jalan Padang Tembok, KL yang akan membantu menguruskan kereta ni.

Bengkel Kereta HR Auto Service di Sungai Merab, Bangi.

Pagi Ahad, aku awal-awal pagi bersama kawanku Farid ke Stadium Titiwangsa menyaksikan pemain Catur MAKSAK. Sebagai seorang Pengurus Pasukan Catur, aku kena pergi sebab 2 pemain agensi pejabatku mewakili MAKSAK Negeri. Seorangnya perempuan, Nurul Huda Wahiduddin yang berjaya menjuarai Individu Wanita. Jika tidak silap, inilah pertama kali catur kategori wanita dipertandingkan. Tahun depan khabarnya ada berpasukan wanita pula. Manakala Lelaki Berpasukan, Azraaili Hashim mewakili Melaka. Kejutan berlaku apabila Sarawak memintas Juara tahun lepas, Kuala Lumpur di saat-saat akhir. Sarawak menang 3.5 - 0.5 dengan Selangor, manakala KL tewas mengejut 2.5 - 1.5 kepada Terengganu. Dari segi match point terikat 11 mata, namun dipisahkan 0.5 mata game point di mana Sarawak memperoleh 19.5 berbanding KL 19 mata. Turut mengejutkan pasukan Sabah menggondoli tempat ke-3 berbanding pencabar biasa iaitu Johor dan Terengganu.


Pulang ke rumah aku terus Honda Global Amity pula uruskan kereta Jazz mak yang memasuki servis 60,000 km. Hampir 2 jam setelah siap aku singgah ke Bengkel Sg Merab mengambil kereta. Oleh kerana rakan pembeli tak dapat ambil kereta harini, aku plan untuk terus hantar ke rumahnya di Keramat. Aku cukup TERHARU & BERSYUKUR apabila wife setuju dan dia sendiri yang bawa kereta manual tu. Ini kerana dia dah biasa bawa manual sementara aku pula kali terakhir bawa kereta manual ni tahun 2003 itupun sebab nak ambil lesen. Kereta Kelisa di sekolah memandu adalah kali pertama dan terakhir aku bawa manual!



 Wife aku memang cekal dan tabah!

Suasana petang semalam yang hujan lebat sedikit menyukarkan kerana kereta lama aircondnya rosak, wiper pula 'segan-segan' je mencuci windscreen. Huhu. Tapi wife aku tenang dan sabar di samping aku menunjuk jalan. Dari Putrajaya, kami melalui MEX Highway dan EXIT Jalan Tun Razak mencari Wisma Transit KL. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, kereta lancar sampai ke destinasi.

Brader ni ambil di Masjid terdekat & bawa ke rumahnya di 
Kuarters Jalan Padang Tembok, Keramat. 

Ingatkan kami terus berurusan di bawah rumahnya. Rupanya dia terlebih peramah baik hati, menjemput kami naik ke rumah & bersolat, kemudian dah siap ada hidangan mee goreng, karipap sardin dan  nangka dari kampungnya. Ore Kelate, kawe terharu! Setelah diselidiki, dia memang dengan Pembeli ni dah macam adik beradik. Sangat rapat sejak zaman mereka belajar di UUM lagi. "Motor dia tu macam motor saya, siap saya pun ada kunci motor dia. Kalau dia tengok motor takda, dia tak marah pun, dia terus naik bas!" begitulah ceritanya sambil kami tersenyum dan ketawa. Katanya, dia sememangnya hendak uruskan semalam namun pada saat akhir wife nya terpaksa kerja (penjawat awam keselamatan memang begini, arahan adalah SEGERA). Brader ni pula anaknya memang masih kecil dan perlu perhatian, jadi tak mampu nak pergi jauh-jauh. Aku pula positif je untuk hantar harini sebab kalau boleh nak segerakan urusan. Prinsip aku, kalau kita mudahkan orang, orang pun mudahkan kita.

Sambil berbual aku banyak belajar berkenaan tips menjual kereta lama & no. plat ni. Rupanya Pembeli dan brader ini bukan biasa-biasa. Mereka sememangnya expert bab jual beli nombor ini. Mereka membeli kemudian menjual kembali kepada klien-klien tertentu. Pembeli tu aku dapat tahu seorang Cikgu manakala brader ni baru saja menganggur tahun ni apabila kontrak tidak disambung di sebuah agensi Badan Berkanun. Namun, nampak positif sekali brader ni. Tak sangka, hal ehwal ni pun boleh memberikan keuntungan dan rezki yang steady.

 Perjalanan pulang. LRT Keramat - KL Sentral (LRT). KL Sentral- Putrajaya (ERL)

Lama juga kami bersembang, jam pula hampir 6.30pm akhirnya dia menghantar ke Stesen Dato Keramat, kami pulang menaiki tren LRT ke KL Sentral disusuli menaiki ERL pula ke Putrajaya. Sebelah malamnya aku agak flat..Kepenatan, dan setelah makan malam serta solat..Aku makan ubat batuk (masih belum baik) lalu terlena.

Begitulah coretan kisah aku minggu ini. Aku berasa cukup lega kerana urusan penjualan kereta ini separuh step dah selesai. Kini menunggu pemeriksaan PUSPAKOM & ROAD TAX yang akan diuruskan oleh brader tersebut. Insyaallah dalam sehari dua ini selesailah semuanya.

1 ulasan:

  1. Memang sibuk sungguh tu. Kepenatan terasa bila malam menjelma kan?

    BalasPadam