Halaman

Rabu, 28 Disember 2016

Perkara yang aku minat?

Salam perkenalan kepada pembaca blog ini.

Sebenarnya, ini bukan blog pertama aku. Ini blog ke-3. Blog pertama dulu pasal Zaman Universiti, perjuangan mahasiswa. Zaman tu semua berkobar-kobar dengan “Mahasiswa Tonggak Perubahan Negara”, haha. Sudahnya, emel password semua aku dah lupa. Terus berkubur.

Blog kedua pasal Sukan. Terinspirasi daripada kejayaan team Malaysia di AFF Suzuki 2010 dan kebangkitan pasukan Kelantan, aku turut menulis. Blogger famous masa tu Muhamad Aiman dengan Blog Suara Sukan memang aku follow rapat, selain blog lain notably Sokernet dan Sokerleaks. Lama kelamaan, kesuraman pencapaian sukan kita menjadikan aku malas nak menulis.

Untuk kali ini, aku akan tulis berkenaan apa yang aku minat. Yup, some can call it passion. Setelah discover, ada 5 perkara yang menarik minat aku iaitu :-

5 perkara yang aku minat?

1)  Motivasi & Kewangan
2)  Hartanah
3)  Makanan
4)  Sukan
5)  Travel

Harapnya blog ketiga ni aku lebih bersemangat. Akan aku kongsikan pengalaman dan pendapat berkenaan sesuatu perkara yang berkaitan.

Aku sangat mengalu-alukan pendapat korang. Feel free to comment, tiada salah atau betul. Yang kita mahukan adalah asas sesuatu perkara itu. Aku percaya elemen ini salah satu proses yang akan mematangkan kita. Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan