Halaman

Jumaat, 30 Disember 2016

5 Sebab Aku Beli Motor Honda Future 125

Susulan dari entri lepas kenapa aku beli motor?, jadi bab beli motor dah setel. Dah tu kenapa aku beli Honda Future 125 ni? Kenapa bukan LC 135? Bukan FZ 150? Rileks, aku cerita ye..

Bestnya Honda Future 125 ni pada aku, berdasarkan research aku dari website lain antaranya :-

1. Tangki petrol yang besar pada kapasiti 5 liter (biasa moped hanya 3 liter)
Ni macam kurang tepat, sebab aku agak max RM7 tu abis penuh. Kalau RM2 seliter, tak sampai 4 liter kan? Tapi, still besar la dari motor kapcai biasa. Kalau dulu motor Naza 125, aku isi RM5 tu ngam-ngam pergi balik. Pernah aku buat pasal test jauh sikit, tak pasal-pasal motor tersedak abis minyak. Seksa beb!

2. Ruang simpanan bawah tempat duduk besar.

Ini selling point paling tinggi untuk motor ni. Tak perlu usung ke sana ke mari helmet mahal korang atau pasang Givi Box, simpan je dalam motor. Senang kan?

Helmet full face confirm muat, beb! 

3. Penjimatan tinggi. Perjalanan sehingga 250 km dalam satu isian penuh tangki petrol.
Sebenarnya pada aku motor ni tak laju mana, mungkin diorang dah setting macam tu untuk membuktikan kenyataan ni. Satu lagi, bergantung pada tungganggan korang sendiri jugak. Macam aku memang bawa slow je. 80-90 kmh. Kadang-kadang 100 kmh.

4. Tempat duduk yang lebar, motor stabil & steady
Yup, pelana ni agak lebar dari motor kapcai lain. Pada orang yang badan besar macam aku rasa selesa ja bila menunggang. Motor lama aku dulu agak ringan. Bila memecut di highway kadang-kadang rasa sedikit bergegar. Dan bila ada bas dan lori macam agak bergoyang. Motor ni rasanya stabil.

5. Bukan Motor Panas!

Tak dinafikan aku minat juga LC 135 tu. Sekarang pula ada LC yang lagi advance. Tapi memandangkan rumah aku ni takde pagar, so agak sukar untuk aku berjaga tengah-tengah malam setiap masa, memasang alarm, mengunci sampai 2-3 lock. Nak masuk motor dalam rumah? Mau kena lesing dengan mem aku! Haha.

Korang penah tengok video ni? Ya, motor LC dalam kawasan rumah berpagar di siang hari!

Itulah sebabnya, cukup 5!


1 ulasan: