Halaman

Selasa, 27 Disember 2016

5 Sebab Aku Beli Apartment Casa Dahlia, Salak Tinggi.

 CASA DAHLIA, SALAK TINGGI.

11 Julai 2015, masa tu bulan puasa, aku berkunjung ke Pejabat Jualan Projek Pemaju Oriental Interest Berhad (OIB) yang berhampiran dengan Hotel Empress, Sepang. 2 hari sebelum tu, aku terbaca dari Facebook berkenaan Projek ini. Lalu aku ber-whatsapp lah dengan ejen jualan projek ni minta beberapa info penting. Selain tu, aku juga buat sedikit homework pasal Projek & Developer ni.

Semasa masuk, aku terus disapa ejen jualan OIB. Kebetulan kami je yang paling awal sampai. Dipendekkan cerita. Setelah bertanyakan segala perkara, aku putuskan untuk booking beli rumah tu. Mem aku masa tu pandang agak keliru dengan keputusan aku. Haha, maklumlah. Pinjaman ni atas nama dia guna Pembiayaan Kerajaan. Masa tu Kerajaan dalam proses nak perbadankan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) menjadi LPPSA.

Kenapa aku beli Apartment ni? Aku senaraikan 5 sebab mengapa aku beli. 

 

1. LOKASI YANG STRATEGIK 
Inilah info tambahan yang diperoleh dari FB otai hartanah. Ed Aswandi ni memang selalu berkongsi berkenaan projek di Greater KL South. Daripada perkongsian dia menceritakan betapa banyak development yang sedang rancak di kawasan dari Kota Warisan ke Salak Tinggi ini. Antaranya :-
Jaringan Lebuhraya - ELITE interchange, MEX extension dan highway baru SKLIA. Kesemuanya AKAN ADA!
Pusat Komersil & Shopping mall - Selain Mitsui Outlet (telah beroperasi), KIP Sentral yang akan siap, selepas ni ada KLIO pula! (Kuala Lumpur International Outlet)
Pendidikan, Pejabat - Xiamen University, Kompleks Tabung Haji dan KLIA Aeropolis!
 
Menurut beliau lagi, di kawasan ini terdapat 4 Township Utama dari 4 Pemaju Besar iaitu :-

Ini bermakna, potensi di sini sangat besar dalam masa beberapa tahun lagi!

2. LATAR BELAKANG PEMAJU (PROVEN)

Kata otai-otai ni, sekiranya Pemaju top seperti SP Setia, Mah Sing, Ecoworld, IJM & Gamuda maka kita dah tak perlu risau. Untuk Apartment ni, OIB adalah pemaju. Hasil kajian aku, sememangnya OIB banyak dapat projek di sini. Justeru, rumah-rumah terdahulu yang siap menjadi benchmark.  

Paling menarik kebetulan kawan sekolah aku dulu Chapo pun menetap dengan famili dia di Taman Seroja & Taman Dahlia. Sememangnya kata dia tak ada masalah dengan rumah. Selain Salak Tinggi, OIB ada lagi projek di Bangi. Di area Utara pun ada di Sungai Petani & Kulim. Manakala area Selatan pula di Melaka. Ini bermakna mereka mendapat kepercayaan penuh untuk deliver.

Kedudukan kewangan syarikat pun sangat penting terutama ketika ekonomi slow ni. Syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh akan tetap mampu meneruskan projek walaupun ekonomi sedang jatuh. Problem kebanyakan rumah tak siap ni biasanya sebab Pemaju tak strong kewangan.  Teringat rumah-rumah di Putra Perdana zaman Pemaju Talam Corporation dulu. Fuh, menangis juga la. Aku harap tak jadi pada aku.


 3. HARGA HARTANAH YANG BERPATUTAN @ MAMPU MILIK

Inilah sebab UTAMA sekali, hehe. Semasa aku mencari rumah, sampai ke Nilai aku pergi. Rata-rata rumah memang mahal. Melebihi RM300k. Sebagai seorang yang menetap di Putrajaya, harga apartment ini berjumlah RM214k (Tingkat 2) memang berpatutan. Kalau rumah PR1MA Putrajaya pun takda harga below 300k. Flat Putra Harmoni Presint 9 dan Putra Damai Presint 11 yang keluasan 700 sq ft tu pun hampir mencecah 230k. Tak masuk akal kan? Mesti korang selalu cakap eh dulu harga bla..bla..nyesal tak beli..bla..bla..Hehe kita geng!

Dari segi jarak pula, boleh dikatakan agak manageable.
  • 10 km ke ERL Salak Tinggi
  • 12 km ke Nilai
  • 14 km ke KLIA
  • 22 km ke Bangi
  • 23 km ke Putrajaya
4. TARIKAN HARTANAH
  • Status Freehold
  • Ada lif
  • Guarded & gated
  • Keluasan 853 sq ft.
  • Pembeli/ Jiran - Majoriti adalah Melayu Muslim. Kebanyakannya berpendidikan serta bekerja baik di sektor Kerajaan mahupun swasta.
  • Pasangan Muda - Sesuai untuk memulakan kehidupan rumahtangga. Terdapat kemudahan seperti Sekolah, Kolej, Bank, Kedai, Restoran, Balai Polis, dan sebagainya.
5. MODAL MINIMUM, PEMBIAYAAN MAKSIMUM!
  • Modal serendah RM1,000.00 (Booking fee) - Kalau beli rumah subsale paling kurang awal-awal kena sedia 3%. Kalau lelong pulak takda 10% deposit jangan mimpi nak bid.
  • Pembiayaan 100% - Pembiayaan Kerajaan, full financing 4% dari LPPSA. Mana nak dapat macam ni lagi? Kadar 4% dan full financing 100%. Wow!
Aku terfikir juga masa tu kalau aku tak gunakan segera kuota mem aku, masa ke depan nanti rumah akan lagi mahal. Silap-silap susah pula nak lepas kelayakan dia. Almaklumlah, kenaikan gaji memang takkan dapat mengatasi kenaikan harga hartanah. Asalnya memang aku terfikir nak cari landed juga. Tapi bila fikir semula, mustahil nak cari landed dengan harga macam tu. Kalau ada pun jauh di hujung sana, agak susah juga nak monitor.

GAMBAR SELEPAS 17 BULAN, aku ambil kebetulan masa balik kenduri adik kawan di Salak Tinggi. Alhamdulillah nampak progress baik saja. Insyaallah kalau diikutkan, paling cepat jangkanya pertengahan 2017 siaplah rumah ni. Doakan semoga semuanya baik sahaja. Amin

22 ulasan:

  1. Tahniah bro. Ni geng jaegers jugak ke ni?

    BalasPadam
  2. haha. tak pernah join lagi group jaegers. follow dari kejauhan..huhu. Bro join ke? Jom kita wat geng Putrajaya. kongsi-kongsi knowledge :)

    BalasPadam
  3. sy pun ada beli unit dekat projek casa dahlia ni, agak2 bole siap tahun ni ke eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ya ke. selamat berkenalan! Saya selalu juga tengok. insyaallah nampak macam on track untuk siap tahun ni.

      Padam
  4. Salam...saya pon Ada beli jgk...Ada group casa dahlia resident Dkt fb pon sy joint...tp Ada 8 org je dlm tu...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ke. baik, saya join jugak. ayuh kita meriahkan :)

      Padam
    2. wah..dh ada group fb casa dahlia..nnti sy join..hehe

      Padam
  5. berjiranlah kita..hehe..bila siap ye..kata pemaju dlu awal 2017..tp g tgk kelmarin masih jalan tanah merah lg.

    BalasPadam
  6. Salam, saya pun ada beli 1 unit di Casa Dahlia. Kalau ada whatsapp group boleh add saya 012-9363722. Tk

    BalasPadam
  7. Salam
    Sy pn ad amik casa dahlia..
    Loan LPPSA da kene potongla..tp rumah xsiap lg..camne citer ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dh cukup 25 bulan dari tarikh kelulusan pinjaman. Mmg itu syarat LPPSA. 25 bln dr tarikh kelulusan pinjaman atau rumah siap 95%..yg mana smpai dulu, dia akan potong.

      Padam
  8. Nak tnya..saya ada nmpk iklan kat mudah.com.ada ejen yg tawar kan hrga rumah ni 170k.n saya ada confirm kan n dia kata rumah ni drect owner n diorg yg nak jual adalah buyer awal yg di tawarkan hrga murah.n kebanyakan nak jual skrg sbb kemampuan.ada yg dh stat potong tp salah sorg xbekerja.boleh dapatkan kepastian x?sebab beza sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedikit fishy..sy ada text tp dia ngaku bukan owner.jual on behalf cuma 170K utk CASA DAHLIA agak meragukan sebab kenapa jual bawah harga beli/market value sedangkan ada pembeli yg nk beli dgn harga market pon tak dapat.Tapi kalau puan nak cuba mana tau ada rezeki

      Padam
    2. salam.maaf bertnye blh sy taw.yg wakil owner tu siapa ye nmenye.sbb sy pn tgh risau ni.nk conformkn jgk la..btul ke org yg sme nk jual dlm rm170k.t.ksih

      Padam
    3. salam.maaf bertnye blh sy taw.yg wakil owner tu siapa ye nmenye.sbb sy pn tgh risau ni.nk conformkn jgk la..btul ke org yg sme nk jual dlm rm170k.t.ksih

      Padam
    4. salam.maaf bertnye blh sy taw.yg wakil owner tu siapa ye nmenye.sbb sy pn tgh risau ni.nk conformkn jgk la..btul ke org yg sme nk jual dlm rm170k.t.ksih

      Padam
  9. Salam bro, aku beli sini juga.. ada no hp tak, boleh tukar2 info..
    -adham..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah setup group add 0133237084 - adham hambali

      Padam
    2. Klu semua betul2 nak masuk grup wasap OneDahlia nnti wasap sy 0133980083. Tuk penduduk tetap taman dahlia ya.

      Padam
  10. Selamat datang ke casa dahlia, taman dahlia. Sy ada bnyk sesuatu nak kongsi ngan tuan. Sy tinggal di taman dahlia. Bleh mesej sy di fb sy umarbbst.

    BalasPadam
  11. Salam. Saya pun ada beli dan in sha allah akan masuk ke rumah casa dahlia pada awal tahun depan. Salam perkenalan semua. Klau ada group casa dahlia sila lah invite nye. 0133495825 nizar

    BalasPadam
  12. Wow...casa dahlia...projek oib yang berjaya 😊😊😊 #toiletkecik

    BalasPadam