Halaman

Sabtu, 31 Disember 2016

5 Buku Hartanah Terbaik! (Bahasa Melayu)

Pada kali ini, aku nak berkongsi 5 buku hartanah terbaik yang pernah aku baca. Sebelum memulakan apa saja bentuk Pelaburan, perlu diingat bahawa Pelaburan paling penting adalah PELABURAN ILMU. Tanpa ilmu, apa sahaja Pelaburan yang kita buat akan terdedah kepada risiko kegagalan. Peritnya pula, dalam hartanah yuran kerugian atau kegagalan adalah terlalu mahal harganya. Sebab itu ilmu amat penting sebelum memulakan langkah melabur.

Sebenarnya, ilmu ini pun luas. Baik dari sumber FREE, paling murah hinggalah kepada yang berbayar. Kalau sesi one to one tu memang ada, tapi tersangat-lah mahal harganya. Jadi, disyorkan untuk permulaan bacalah dari sumber-sumber yang FREE dari Google. Ada ramai je Blogger hartanah yang menulis berdasarkan kepada pengalaman sebenar mereka. Selain itu, gunakan la Facebook untuk follow mereka ini. Nama-nama seperti Azizul Azli Ahmad, Meor Zaidee a.k.a Abang Ensem, Shafie Bustan, Shariza Latiff, Hafiz Kamaruddin adalah contoh Pelabur Hartanah yang sering berkongsi kepada Public.

Walaubagaimanapun, selepas menggunakan kaedah ilmu free ni. Aku cadangkan korang invest sedikit duit untuk beli beberapa buah buku untuk bacaan dan rujukan. Di sini aku senaraikan buku yang aku sendiri baca dan rasanya ia sangat berbaloi. WORTH TO READ & VALUE FOR MONEY!

1. RICH DAD POOR DAD (Edisi BM) - Robert Kiyosaki

Yup, my all time favourite. Karya masterpiece yang telah menaikkan nama Robert Kiyosaki (Pelabur Hartanah Amerika) ke seluruh pelosok dunia. Aku sangat beruntung membeli buku ini pada harga sangat murah semasa Pesta Buku di KL dulu. Bacalah, aku jamin korang sangat menghargainya!

2. JUTAWAN DARI PLANET JUPITER - Azizi Ali

Sebenarnya, ini buku pertama yang aku baca. Pinjam dari kawan sekerja aku, yang mana dia juga adalah mentor aku. Walaupun buku ini bukan purely pasal hartanah malah lebih kepada Pengurusan Kewangan, tapi inilah karektor yang diperlukan jika korang nak jadi Pelabur Hartanah yang sebenar!

3. MUDAHNYA BELI RUMAH - Azizul Azli Ahmad

Berkisarkan cerita Dr Azizul Azli Ahmad seorang Pensyarah UITM Seri Iskandar. Membeli 6 buah rumah setahun. Uniknya, dia bukanlah melabur di kawasan matang seperti KL, Selangor, Johor dan Penang tetapi di Perak! Gaya penulisan Dr Azizul ini memang santai dan menarik sehinggakan ramai yang berjaya habiskan buku ni dalam masa yang singkat! Dr Azizul juga menulis di FB beliau hampir setiap hari. FB : Azizul Azli Ahmad

4. CINTA RUMAH SUBSALE - Shafie Bustan

 
Antara otai sebenar dunia hartanah, Shafie Bustan dan rakan-rakannya menjadi idola kepada sebahagian besar anak muda Melayu. Ramai anak murid dan klien-nya juga berjaya. Sering diundang ke program TV. Terbaru, Shafie atau Pie baru sahaja selesai menyiapkan HOMESTAY KONTENA di tanah miliknya Melaka. Seorang yang suka bereksperimen terhadap apa saja peluang Pelaburan. Beliau juga cukup pantang pada "golongan yang gebang saja, tapi tak buat". Buku ini adalah salah satu dari buku yang beliau tulis. Maklumat lanjut layari Blog Pie2020

5. WTF Wa Tak Faham (Edisi BM) - Faizul Ridzuan
Seorang lagi otai yang cukup disegani dalam bidang hartanah. Telah mempunyai 23 hartanah sebelum usia 30 tahun. Wow! Membuktikan bahawa sesiapa saja mampu berjaya dalam bidang ini jika, bersungguh-sungguh, kreatif dan berkorban di usia muda. Faizul kini aktif dalam mengadakan seminar hartanah selain mempunyai syarikat sendiri FAR Capital untuk memberi khidmat nasihat keapda para Pelabur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan