Halaman

Rabu, 20 Jun 2018

5 Pasukan Pilihan Juara World Cup 2018

Demam World Cup telah bermula. Perlawanan pertama peringkat kumpulan telahpun berakhir. Banyak kejutan berlaku. Pasukan Top yang dibarisi nama besar Germany tewas kepada Mexico, manakala Spain, Argentina, Brazil masing-masing seri. Memasuki perlawanan ke-2, aku meramalkan 5 pasukan ini dijangka menjadi Juara :-

1. GERMANY

Tidak sukar untuk meletakkan Jerman sebagai pilihan pertama. Juara edisi 2014, walaupun tewas di game pertama Jerman sentiasa konsisten di saingan World Cup. Kebiasaannya berakhir di saingan Final atau Semi-final.

Mampukah Thomas Muller melakukannya sekali lagi?

Kekuatan Jerman pastinya kepada sistem permainan possession. Ditunjangi 4 pemain utama Bayern Munich Neuer, Boateng, Hummels dan Kimmich di barisan pertahanan, barisan serangan diketuai penyerang prolifik World Cup Thomas Muller, dibantu pula Toni Kroos, Marco Reus & Julian Draxler dan Timo Werner pastinya menggerunkan mana-mana pasukan lawan.


2. FRANCE

Pilihan ke-2, skuad Perancis pada kali ini hadir dengan barisan lebih mantap menerusi pengalaman pemain seperti Griezmann, Pogba, Kante, Matuidi dan yang beraksi di final Euro 2016 lalu. Pastinya kekecewaan mahu ditebus oleh mereka. Di samping itu, kehadiran pemain muda sensasi seperti Kylian Mbappe dan Thomas Lemar menjadi bukti betapa Perancis penuh dengan alternatif pengalaman dan keghairahan.

Mbappe - Young & Dangerous

Pasukan yang aku sokong kali ini.

3. SPAIN

Sungguhpun menghampakan pada edisi World Cup 2014 dan Euro 2016, tidak wajar untuk kita menidakkan keupayaan pasukan Sepanyol. Kali ini mereka dilihat lebih bersedia melalui adunan pemain berpengalaman dan muda. Dikemudi David De Gea selaku benteng terakhir Sepanyol, barisan pertahanan nyata mantap menerusi Ramos, Pique dan Azpilicueta.

Diego Costa - Lone Striker terbaik Spain

Barisan midfield pula menerusi Busquets, Iniesta, dan Silva. Serangan pastinya akan tertumpu kepada Diego Costa selaku lone-striker. 

4. BRAZIL

Pasukan paling banyak memenangi Piala Dunia dengan 5x edisi, skuad moden ini tampil lebih matang dan bersedia di segenap posisi. Kuartet serangan Brazil punya begitu banyak option dengan bintang lincah seperti Firmino, Coutinho, Gabriel Jesus, Willian dan Neymar.

Casemiro - Zidane menggelarnya 'The Octopus'

Arkitek gerakan Brazil pastinya akan datang melalui Casemiro yang akan membuka serta mengawal tempo permainan. Brazil juga punyai pilihan pemain Midfield yang boleh bertahan iaitu Fernandinho.

5. BELGIUM

Skuad ini dianggap KUDA HITAM dalam edisi kali ini. Sering dikritik walaupun mempunyai pemain bintang tetapi persembahan pasukan Belgium selalu menghampakan. Namun pada edisi kali ini aku rasa Belgium mampu untuk pergi jauh dari edisi sebelum ini.

De Bruyne dan Hazard perlu menyerlah kali ini

Belgium pastinya menagih kudrat 3 pemain ini iaitu Lukaku-Hazard-De Bruyne. Persembahan yang mantap dari ketiga pemain ini adalah kunci kepada nasib pasukan Belgium. Barisan pertahanan Belgium juga mantap menerusi back three gandingan Alderweireld, Vertonghen dan Company.


Rabu, 31 Januari 2018

FEBRUARI 2018 : Sekilas pandang

Hai blog..Hampir 3 bulan menyepi sedar tak sedar dah sampai Februari 2018

Untuk tahun 2018 dijangka tahun yang sangat sibuk, penting dan juga getir kepada aku. Pertamanya tahun 2018 ini genaplah usia 10 tahun aku menabur bakti makan gaji di tempat aku bekerja. Tahun 2018 juga secara reflektif aku telah memiliki beberapa aset jadi dari segi objektif agak tercapai juga.

Tahun 2018 menjadi tahun ke-2 aku sebagai Perunding Hartanah sambilan. Menariknya, mungkin rezeki aku lebih sedikit aku dinaikkan terus menjadi Team Leader di agensi tempat aku bernaung. Bila jadi Team Leader sebenarnya tanggungjawab jadi bertambah di mana aku perlukan ejen lain yang bernaung di bawah aku pula. Ejen ini perlu digilap potensinya bagi memastikan berjaya. Justeru, aku sebenarnya serba salah juga. Mampukah aku mencari anak buah ni?

Sebenarnya beberapa orang dah call whatsapp kata nak join aku buat benda ni. Sebab nampak macam best seronok ada duit masyuk segalanya. Bukan niat aku nak tolak orang yang nak join tapi sebenarnya aku takut tak mampu nak guide. Sebab aku juga ada kekangan masa.

Oh ya, tahun ini aku mendaftar pula untuk sambung pengajian di Institut Penilaian Negara (INSPEN) secara part-time juga. Kursus Certified Estate Agency yang berlangsung selama 14 bulan. Ada 3 semester. Kelasnya? Setiap Sabtu 9am - 9pm. Ya, setiap sabtu baiii..Maksudnya Sabtu kau dah GONE. Hahaha. Tapi kenapa aku beria buat menda ni? Sebab aku percaya inilah peluang terbaik dan masa muda ni la kita kena SACRIFICE untuk kesenangan hari kemudian. Kebetulan pula ada beberapa rakan aku yang masuk macam Khairudin, Kamal, Fauzan. Jadi harapnya belajar bersama ini semangatnya insyaallah sampai la ke penghujungnya..

Jadi bayangkanlah masa kau macamana, Isnin - Jumaat 8am - 6pm kau kerja tetap. Sabtu 9am - 9pm kau belajar. Tinggal Ahad saja. Aku susunkan semua aktiviti iklan, view, klien semua hari tu. Kalau takda barulah aku rehat-rehat sikit. Agak kelam kabut juga sebenarnya. Hahaha.

Baru ni ada seorang rakan lamaku, dah 3 tahun juga tak jumpa. Sekali lagi ajak nak jumpa untuk buat part time Perunding Hartanah. Aku agak susah juga tapi melihat kesungguhan berkali-kali tu kesian pula. Aku pun lepak la Ahad 12-3pm dengan dia. Wow lama tu, banyak aku tanya dia. Kenapa tak join kawan tu..fulltime..Kenapa tak join agensi yang dekat dengan rumah, aku bagitau kat situ..Tapi memandangkan mungkin dia nak tengok macamana aku buat. Lepas jumpa aku, terus aku bawa jumpa Bos besar la.

Akhirnya dapatlah sorang anak buah. So far agak bagus kawan aku ni. Datang rumah belajar. Aku cakap apa dia follow. Ada kualiti untuk berjaya. Seterusnya, aku rasa yakin pula. Lepas ni aku perlu cari lagi 4 orang anak buah. Aku siap mesej beberapa orang yang aku rasa ada kelebihan tu..Tapi diorang pula yang taknak buat. Haha..Yang aku rasa tak sesuai minat pulak, begitulah lumrah.

So berapa lama lagi aku boleh bertahan. Sebenarnya agak risau juga. Silap haribulan boleh sakit..Allahu minta jauh perkara tu. Tapi aku akui berat badan naik banyak bila serabut..So perlu amik port juga..Sedang berusaha..Ya dalam banyak perkara..Journey lose weight la paling mencabar..Sebab aku jenis suka betul makan..Hahahaha..

Ok, saja aku meraban..Tengah on laptop ni sebab tengah buat esainmen subjek INSPEN la ni..Nak kena siapkan draf..Hahaha adiooosss

Khamis, 5 Oktober 2017

DILEMA

Lama aku tak update blog ini. Kesibukan bekerja dan menambah pendapatan sampingan, sedar tak sedar lebih 4 bulan tanpa update. Hehe

Tidak aku sangkakan, kerjaya part time yang aku buat akhir-akhir ni memberikan suatu keseronokan di samping pendapatan yang boleh tahan juga. Lebih menarik, bermula dari seorang Junior REN, dalam masa beberapa bulan aku telah dinaikkan ke Senior REN. Dan awal bulan Oktober 2017 ini dah dinaikkan ke Group Leader. Dah kena mula rekrut orang di bawah pula dan pantau. Wow. Pantas sungguh perjalanan ini. Alhamdulillah, rezeki dari Tuhan.

Masa aku agak terbatas untuk enjoy bersama kawan-kawan, famili dan buat aktiviti lain. TV rasanya jarang dah tengok. Haha. Di hari weekdays fokus pada Kerja hakiki manakala di hujung minggu aktiviti REN. Listing, Appointment, Inspection, Marketing, Viewing & Closing. Ke sana ke mari. Begitulah untuk beberapa bulan kebelakangan ini. Aku pernah juga ambil cuti semata-mata nak setelkan beberapa perkara klien. Sebab pada aku orang dah bagi amanah, jadi kita cuba lah buat sehabis baik.

Lewat ketika ini, aku betul-betul dalam dilema. Dengan kerjaya tetap sekarang. Sedar tak sedar aku telah 9 tahun lebih bekerja makan gaji. Dan aku rasa agak statik kehidupan aku. Pergi kerja, pagi sampai lewat petang, bila balik rumah sampai Maghrib. Begitulah sehari-hari. Seperti tidak ada ADDED VALUE untuk aku. Aku tak dapat bayang jika aku terus begini sehingga 20 tahun lagi.

Manakala karier baru ini memberikan aku semangat baru untuk terus-terusan berusaha & produktif. Paling penting aku sangat ENJOY dengan apa yang dibuat. Berjumpa orang, cuba membantu orang-orang dalam transaksi yang penting. Ya, pada kebanyakan orang, pembelian hartanah merupakan TRANSAKSI BERSEJARAH TERPENTING dalam kehidupan. Apa tidaknya, seumur hidup biasanya manusia beli rumah ni paling kurang SEKALI SEUMUR HIDUP. Jika ada rezeki, mungkin 2 atau lebih. Dan bila ko beli rumah tu, ko akan membayar selama 30-35 tahun. Pendek kata, sehingga korang BERSARA.

Jadi apa yang ditawarkan oleh REN adalah guidance A to Z. Dari proses mencari, melihat, memberi nasihat, membantu proses pinjaman bank, perlantikan lawyer, kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, kelulusan Pejabat Tanah dan sebagainya. Proses ini melibatkan urusan yang mengambil masa dan beberapa pihak. Seorang REN perlu bijak dan pantas membantu MONITOR proses-proses ini.

Apapun, jangan salah faham. Aku tetap bersyukur kerana mempunyai kerjaya yang stabil dan tetap. Alhamdulillah dari hasil duit gaji yang ada jugalah aku membeli beberapa unit sebelum ini untuk Pelaburan. Cumanya, bila dah menginjak ke usia 30-an ini buat aku berfikir untuk beralih arah. Jika korang baca buku ROBERT KIYOSAKI, ada 4 CASHFLOW QUADRANT yang ditekankan iaitu

1) EMPLOYEE
2) SELF-EMPLOYED
3) BUSINESS OWNER
4) INVESTOR

Perancangan aku ialah, aku mahu mencapai teori yang diperkatakan tersebut. Aku dah melihat rakan-rakan yang berjaya. Dan aku juga yang masih belum berjaya. Namun, pada aku dalam hidup kita kena juga mula keluar dari zon selesa. Ini berkaitan dengan SELF DEVELOPMENT aku juga. Membuat keputusan besar meninggalkan pendapatan tetap. Aku boleh memilih untuk bertahan 10 tahun lagi, membuat pelaburan seperti biasa, Dan mungkin BERSARA AWAL? Tapi pada umur tersebut, sebenarnya tidak banyak cabaran yang orang berani buat. Kerana hampir 20 tahun dah selesa, ada gaji tetap. Lagilah susah untuk keluar dari zon.

Boleh jadi tulisan aku ini hanyalah satu PLAN, mungkin aku kekal bekerja seperti biasa. Namun aku akan berusaha sebaik mungkin untuk sampai ke next QUADRANT. Mana tahu suatu hari nanti setelah ke QUADRANT 2, aku beralih ke QUADRANT 3 pula. Perbanyakkan ilmu, cari mentor, luaskan networking, bekerja keras, positive attitude, dan paling penting BANYAK BERDOA DAN TAWAKAL setelah semuanya dilaksanakan. Moga aku menjadi insan yang lebih bertaqwa dan bersyukur.


PRESINT 9 PUTRAJAYA
6.10.2017

Sabtu, 20 Mei 2017

Part Timer Real Estate Negotiator (Part 2)

Selepas aku submit nama, berbekalkan duit penyertaan. Aku diminta untuk register ke kursus REN. Bayarannya adalah RM636 untuk 2 hari. Kursus ini adalah wajib untuk setiap individu yang ingin berdaftar sebagai Perunding Hartanah yang sah.

 

Kursus itu aku sertai dengan lancar. Kemudian bermulalah episod baru aku sebagai REN. Aku akui aku bukanlah seorang yang tahu serba-serbi dalam selok belok pembelian-penjualan hartanah. Namun insyaallah berbekalkan pengalaman sama ada manis atau pahit itu aku akan cuba handle sebaik mungkin. Niat aku bukanlah nilai duit yang aku kejarkan, namun lebih kepada minat dalam bidang ini. Sebelum ini aku hanya membeli untuk diri sendiri, namun lepas dah habis 'peluru' ataupun BULLET a.k.a modal, aku terpaksa la duduk diam-diam mengumpul wang.

Sebenarnya, sebelum ini aku antara orang yang paling skeptik sekali berkenaan ejen ni. Pada aku mereka ini lebih bermotifkan nak buat duit semata-mata. Bila dah jual, komisen dah ambil kemudian lepas tangan. Semuanya Buyer dan Seller settlekan sendiri. Namun ternyata aku silap. Sekiranya seorang REN itu benar-benar berkualiti, banyak perkara dan urusan antara Owner dan Buyer menjadi lancar dan mudah. Kerjaya REN ini juga profesional, seperti LAWYER, VALUER, ENGINEER, DOCTOR. Ada Lembaga yang mengawalselia AGENSI HARTANAH.

Di samping dapat meneruskan minat di bidang ini, secara tak langsung aku sentiasa mempunyai knowledge up to date terhadap harga pasaran terkini di kawasan tersebut. Selain itu, perkara paling menyeronokkan adalah NETWORKING. Sebelum ini aku kurang mengenali kenalan di industri ini, hanya membaca posting mereka dari Media Sosial mahupun cerita dari rakan. Kali ini aku sendiri berpeluang berjumpa mereka. BANKER, LAWYER, VALUER dan rakan NEGOTIATOR antara intipati kejayaan kerjaya ini.

NETWORKING yang lain pula adalah aku dapat berkenalan dengan orang yang tidak pernah aku jumpa selain persekitaran tempat kerja aku sendiri. Sebelum ini, aku hanya kenal rakan, saudara mara dan staf di pejabat sahaja. Kebanyakan mereka (maaf, bukan semua) mempunyai satu mindset iaitu 9 - 6 pm, kerja dan kerja, menyimpan, dan sampai masa bersara. Namun melalui bidang ini aku dapat kenal pelbagai manusia dari bekerja makan gaji, kerja sendiri, yang mempunyai rangkaian bisnes. Selain itu juga mendalami orang yang bermasalah KESIHATAN, RUMAHTANGGA, TIADA PEKERJAAN, PERSARAAN..Aku dapat mendalami dan melihat dari pelbagai sudut. Benarlah kata JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN..Dan benarlah juga LEBIH RAMAI ORANG KITA JUMPA, LEBIH BANYAK YANG KITA NAMPAK.

Duit? Ya, memang benar duit dapat memotivasikan kita. Tapi ilmu, networking, persahabatan di dalam proses ini melebihi nilai duit tersebut. Insyaallah duit yang aku dapat nanti juga akan aku gandakan untuk modal membeli unit-unit lain pula. Aku masih ingat kata-kata Tuan Meor Zaidee a.k.a Abang Ensem, yang menyarankan anak muda memfokuskan untuk 15 tahun pertama mengumpul aset, dan 15 tahun ke-2 menyelesaikan hutang pembiayaan pula. Insyaallah aku akan cuba mengikuti saranan tu, dan kalau boleh membuatnya lebih awal. Hehe


Part Timer Real Estate Negotiator? (Part 1)

Suatu malam pada bulan Februari, aku makan dengan sahabat yang juga mentorku dengan seorang lagi rakan yang aku kenal melalui beliau. Mamat ini seorang Real Estate Negotiator a.k.a REN, dah fulltime kira-kira 2 tahun lebih. Dalam pada kami sama-sama makan, aku bercerita perihal 1 unit yang diiklankan oleh seorang REN di Selatan sana. Aku sedang berkira-kira untuk membeli hartanah itu, terus mamat ini kata :

"Bagi aku deal mok, nanti aku CoA dengan dia!"

 

Aku dalam hati ni blur la. Apa pulak CoA ni. Lalu bertukarlah ke topik life as REN. Setelah dijelaskan perihal kerjaya ini aku jadi tertarik pula nak tahu lebih dalam. 

Dipendekkan cerita aku cuba deal dengan REN yang aku nak beli unit tu, walaubagaimanapun aku dapati REN muda ini seperti lambat sekali respons. Mana kau tak kecewa apabila mesej yang dihantar panjang hanya dijawab keesokan dekat tengaharinya. Itupun jawapan yang begitu ringkas. Aku sambil-sambil itu cuba minta bantuan rakan aku juga. Rupa-rupanya itu juga bukan listing dari REN muda tu. Kira dah CoA juga la. 

Pada satu hari, aku cuti rehat. Selepas setel urusan peribadi aku pun whatsapp rakanku itu kata nak berjumpa dan mendalami lebih lanjut pasal kerjaya dia. Kira nak follow life as REN la. Haha. Pertemuan itu pada asalnya jadi last minit di-cancelkan. Punyalah hampa aku, terus aku perli baik punya dia. Hehe

Susulan dari kisah tu pada suatu hari Ahad, aku whatsapp dia lagi. Terus diajaknya aku ke opis petang itu. Aku tak tanya banyak. Masa tu pukul 2, dia suruh aku naik terus ke pejabat kerana dia ada nak uruskan something dulu. Aku nampak bole tahan ramai orang, lepas tu terus disuruh masuk duduk di dalam. Yang bercakap rupanya seorang REN Senior. 

"Ok, yang ada dalam ni. Saya minta kenalkan diri dulu, berapa lama dah join, dari mana dan sebagainya. Dari belakang tu, boleh?"

Hahaha. Aduhai, terkena juga la aku. Terus masuk nak jadi REN la ni!

Kelas itu habis petang, lebih pasal pengiklanan. Lepas habis aku nak jumpa dia. Dia ada hal penting famili. Jadi aku balik saja. Hanya keesokannya, barulah aku dapat tanya personal. Selepas aku belanja makan Aniz Puteri, Pantai Dalam. Aku terus submit dan minta untuk register.

Kenapa aku jadi REN ni? Bersambung...

Real Estate Investor : Cubaan Bermain Flipping 2017

Hai blog..Lamanya aku tidak update. Kebizian melanda tahun ini. Dan hidup aku juga telah berubah.

Dalam 2-3 tahun lepas, aku memfokuskan untuk membeli hartanah untuk diri sendiri. Kesemuanya untuk menambah aset yang memastikan CASHFLOW POSITIF melalui sewaan. Dan pada awal tahun ini pembelian dimuktamadkan melalui 1 lagi unit yang berjaya aku beli. Kali ini unit landed di Utara Selangor, cubaanku untuk bermain FLIPPING pula. Almost 80-90k below market, cuma unitnya tak adalah cantik. Perlu dibuat pembersihan dan renovasi dahulu. Lepas itu, cun la. Hehehe.

Disebabkan pembelian ini telah lebih daripada hartanah ke-3, maka modal deposit yang perlu aku sediakan adalah 30% dari harga hartanah. Untuk seketika, aku agak goyang mengirakan modal yang perlu aku sediakan. Apatah lagi sekiranya ianya tidak mencapai analisa yang ditetapkan. Modal sememangnya telah menyusut. Maklumlah, untuk seorang WORKING CLASS seperti aku yang hanya menjawat jawatan di Agensi naungan Kerajaan. Dengan position sekarang, tentulah peluang untuk membuat pelaburan yang lebih banyak di dalam hartanah sedikit terbatas. Aku rasa ini masalah semua EMLOYEE di sana. Bak kata Robert Kiyosaki dalam Cashflow Quadrant, selagi kita EMPLOYEE, limit Pelaburan itu ada. Tidak seperti mereka di dalam Quadrant Self Employed dan Business Owner.


Walaubagaimanapun, dalam aku berdoa dan berharap memikirkan soal duit modal (booking dah bayar ni), masalah aku diatasi. Alangkah gembira dan terharunya apabila rakan baik yang merupakan mentorku dalam Property Investment ni bersetuju untuk Joint Venture di dalam unit ini. Berkongsi modal, installment, sewaan dan pada tahun ke-6 akan kita jual. Keuntungan juga dikongsikan.

Untuk aku yang kali pertama bermain LANDED dan FLIPPING ini, apabila ber-JV tentulah ianya memberikan satu kemenangan besar. Kerana segalanya kita dan partner tanggung bersama. Kos dan penjagaan. Apatah lagi pula aku berpeluang JV dengan mentor yang hebat.

"Kau kena appreciate aku ni mok! Ramai orang ajak JV dengan aku ni. Tak semua aku terima. Tapi ko, sebab kita ni kawan dah lama" 

Begitulah kata dia. Memang betul, JV ni sebenarnya cukup popular setelah Kerajaan menghadkan untuk pembelian hartanah ke-3, Bank hanya boleh memberi 70% sahaja pembiayaan. Langkah itu telah menyebabkan para pemain hartanah tidak lagi boleh senang-senang membeli hartanah yang ada. Dan ketika itu idea JV wujud. Ada yang kata ianya menindas kuota 90% orang lain, namun, kesemuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada hendak menerima atau tidak.

Dengan termeterainya JV, bolehlah aku bernafas sedikit. Ini kerana unitku yang telah menerima kunci tahun lepas masih belum aku bikin. Rumah tersebut kiranya adalah rumah impian kami, namun berbekalkan keadaan sekarang, mungkin aku perlu sama ada menyewakan secara harian ataupun tahunan.

SEMOGA APA YANG DILAKUKAN HARI INI MEMBUAHKAN HASIL 5-6 TAHUN AKAN DATANG.

Ahad, 22 Januari 2017

Hari Minggu Yang Sibuk!

Aku sangat sibuk pada hari minggu ni. Dua hari cuti dipenuhi dengan pelbagai urusan.

Pagi Sabtu, awal-awal lagi aku dah ke Bengkel kereta Jyun Eng, Kajang Impian untuk servis kereta Myvi. Usia kereta kini memasuki tahun ke-9, kos servis dan maintenance lebih tinggi seiring dengan beberapa komponen kereta mula perlu ditukar. Walau apapun, insyaallah aku akan terus mengguna pakai kereta ini selama yang boleh. Kereta dah habis bayar, rasa rugi untuk buat hutang baru.

Sementara menunggu kereta, aku minum seorang diri di kedai mamak bersebelahan. Masa yang ada aku merancang perkara yang hendak dibuat Sabtu-Ahad. Antaranya urusan kereta lama arwah ayah aku yang hendak dijual. Kini di bengkel HR Auto di Sungai Merab. Perlu set dengan wakil pembeli kereta tu untuk ambil kereta segera kerana minggu depan dah Cuti Raya Cina. Kalau kereta siap awal, aku cadang nak site visit property kejap untuk dibida minggu ni. Petangnya, perlu standby dengan Plumber untuk baiki paip rumah. Malam tengok bola pula. Hehe.

Inilah Mamak. Walau hanya Nescafe dan air suam, depa tetap steady tak jeling semacam. Haha!

Esoknya, aku kena standby servis kereta mak. Pada masa yang sama aku nak ke Stadium Titiwangsa untuk tengok kawan-kawan Catur mewakili MAKSAK. Dan kalau ada masa untuk follow up progress unitku di Putra Perdana yang dah hampir siap. Lepas ni bolehlah disewakan, hehe. Kesemuanya aku tuliskan di buku nota kecil untuk dibuat. Setelah siap, aku mula mengoogle berkenaan renovasi rumah. Ini untuk unit Putrajaya yang masih belum aku buat apa-apa. Almaklumlah, kos-kos untuk membuat renovasi bukan sedikit, di samping duit LAD yang masih belum diterima dari Pemaju, aku perlukan masa yang lebih untuk ini. Cuma, dari sudut positif mungkin kelebihannya aku dapat melihat dan survei beberapa jiran yang telah menggunapakai beberapa servis kontraktor rumah mereka.

Selesai servis kereta Myvi, aku ke bengkel Sg Merab untuk melihat kereta Toyota Corolla GL. Nampaknya kereta telah disiapkan. Alhamdulillah hasil negosiasi Pembeli bersetuju absorb separuh kos pembaikian kerana kereta tu memang lama tak hidup. Lebih kurang dari 2-3 tahun. Cumanya kini aku perlu dapatkan masa dan waktu untuk wakil pembeli datang ambil di bengkel. Pembelinya dari Kota Bharu, Kelantan. Jadi, prosesnya panjang lagi ni di mana rakannya di Jalan Padang Tembok, KL yang akan membantu menguruskan kereta ni.

Bengkel Kereta HR Auto Service di Sungai Merab, Bangi.

Pagi Ahad, aku awal-awal pagi bersama kawanku Farid ke Stadium Titiwangsa menyaksikan pemain Catur MAKSAK. Sebagai seorang Pengurus Pasukan Catur, aku kena pergi sebab 2 pemain agensi pejabatku mewakili MAKSAK Negeri. Seorangnya perempuan, Nurul Huda Wahiduddin yang berjaya menjuarai Individu Wanita. Jika tidak silap, inilah pertama kali catur kategori wanita dipertandingkan. Tahun depan khabarnya ada berpasukan wanita pula. Manakala Lelaki Berpasukan, Azraaili Hashim mewakili Melaka. Kejutan berlaku apabila Sarawak memintas Juara tahun lepas, Kuala Lumpur di saat-saat akhir. Sarawak menang 3.5 - 0.5 dengan Selangor, manakala KL tewas mengejut 2.5 - 1.5 kepada Terengganu. Dari segi match point terikat 11 mata, namun dipisahkan 0.5 mata game point di mana Sarawak memperoleh 19.5 berbanding KL 19 mata. Turut mengejutkan pasukan Sabah menggondoli tempat ke-3 berbanding pencabar biasa iaitu Johor dan Terengganu.


Pulang ke rumah aku terus Honda Global Amity pula uruskan kereta Jazz mak yang memasuki servis 60,000 km. Hampir 2 jam setelah siap aku singgah ke Bengkel Sg Merab mengambil kereta. Oleh kerana rakan pembeli tak dapat ambil kereta harini, aku plan untuk terus hantar ke rumahnya di Keramat. Aku cukup TERHARU & BERSYUKUR apabila wife setuju dan dia sendiri yang bawa kereta manual tu. Ini kerana dia dah biasa bawa manual sementara aku pula kali terakhir bawa kereta manual ni tahun 2003 itupun sebab nak ambil lesen. Kereta Kelisa di sekolah memandu adalah kali pertama dan terakhir aku bawa manual!



 Wife aku memang cekal dan tabah!

Suasana petang semalam yang hujan lebat sedikit menyukarkan kerana kereta lama aircondnya rosak, wiper pula 'segan-segan' je mencuci windscreen. Huhu. Tapi wife aku tenang dan sabar di samping aku menunjuk jalan. Dari Putrajaya, kami melalui MEX Highway dan EXIT Jalan Tun Razak mencari Wisma Transit KL. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, kereta lancar sampai ke destinasi.

Brader ni ambil di Masjid terdekat & bawa ke rumahnya di 
Kuarters Jalan Padang Tembok, Keramat. 

Ingatkan kami terus berurusan di bawah rumahnya. Rupanya dia terlebih peramah baik hati, menjemput kami naik ke rumah & bersolat, kemudian dah siap ada hidangan mee goreng, karipap sardin dan  nangka dari kampungnya. Ore Kelate, kawe terharu! Setelah diselidiki, dia memang dengan Pembeli ni dah macam adik beradik. Sangat rapat sejak zaman mereka belajar di UUM lagi. "Motor dia tu macam motor saya, siap saya pun ada kunci motor dia. Kalau dia tengok motor takda, dia tak marah pun, dia terus naik bas!" begitulah ceritanya sambil kami tersenyum dan ketawa. Katanya, dia sememangnya hendak uruskan semalam namun pada saat akhir wife nya terpaksa kerja (penjawat awam keselamatan memang begini, arahan adalah SEGERA). Brader ni pula anaknya memang masih kecil dan perlu perhatian, jadi tak mampu nak pergi jauh-jauh. Aku pula positif je untuk hantar harini sebab kalau boleh nak segerakan urusan. Prinsip aku, kalau kita mudahkan orang, orang pun mudahkan kita.

Sambil berbual aku banyak belajar berkenaan tips menjual kereta lama & no. plat ni. Rupanya Pembeli dan brader ini bukan biasa-biasa. Mereka sememangnya expert bab jual beli nombor ini. Mereka membeli kemudian menjual kembali kepada klien-klien tertentu. Pembeli tu aku dapat tahu seorang Cikgu manakala brader ni baru saja menganggur tahun ni apabila kontrak tidak disambung di sebuah agensi Badan Berkanun. Namun, nampak positif sekali brader ni. Tak sangka, hal ehwal ni pun boleh memberikan keuntungan dan rezki yang steady.

 Perjalanan pulang. LRT Keramat - KL Sentral (LRT). KL Sentral- Putrajaya (ERL)

Lama juga kami bersembang, jam pula hampir 6.30pm akhirnya dia menghantar ke Stesen Dato Keramat, kami pulang menaiki tren LRT ke KL Sentral disusuli menaiki ERL pula ke Putrajaya. Sebelah malamnya aku agak flat..Kepenatan, dan setelah makan malam serta solat..Aku makan ubat batuk (masih belum baik) lalu terlena.

Begitulah coretan kisah aku minggu ini. Aku berasa cukup lega kerana urusan penjualan kereta ini separuh step dah selesai. Kini menunggu pemeriksaan PUSPAKOM & ROAD TAX yang akan diuruskan oleh brader tersebut. Insyaallah dalam sehari dua ini selesailah semuanya.